Hello world!

February 15, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Siapa Top 12 OIAM?

February 13, 2009
Tak payah nak teka-teka lagi. Nak tahu jawapannya … ini dia. Mempersembahkan Amylea (Akademi Fantasia 3), Tomok (vokalis New Boyz), Pija (Mentor 2007), Nine (vokalis Coco), Ridzuan (pemenang anugerah Artis Harapan di AIM 2006), Rehana (Suara Emas Bintang RTM 2007), Simon, Esther, Aweera, Anith, Ayu dan Fifi – 12 peserta yang akan berentap di musim ketiga One In A Million (OIAM). Seperti musim sebelumnya, Marion Caunter dan Awal Ashaari kekal sebagai hos sementara panel juri terdiri daripada Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Musim ini juga melihat penyertaan Ning Baizura sebagai mentor vokal, Pat Ibrahim selaku mentor persembahan pentas, Juita Abdul Jalil sebagai mentor persembahan dan Yuaz sebagai pelatih vokal. Bermula Jumaat minggu depan, mereka akan beraksi secara ‘live’ di Sri Pentas 2, Shah Alam. Bagi mereka yang lebih suka menonton di rumah, siaran bermula pada pukul 9.30 malam di 8TV.

sumber: gua.com.my

Datuk Sheila Majid Pengetua Akademi Fantasia 7?

February 11, 2009
Pada 11 Februari lalu, barisan tenaga pengajar Akademi Fantasia 7 telah pun diperkenalkan pada sidang media khas. Selain mengekalkan Siti Hajar Ismail sebagai guru vokal persembahan, Fatimah Abu Bakar selaku guru motivasi dan Bahasa Inggeris serta Syafizawati Sharif sebagai guru vokal teknikal, tiga tenaga pengajar baru turut dipilih iaitu pelakon Ida Nerina sebagai guru lakonan, A.Aris Kadir yang mengambil alih tugas Linda Jasmine selama enam musim sebagai koreografer serta Acis sendiri. AC Mizal juga diberi kepercayaan sekali lagi untuk mengendalikan konsert mingguan Akademi Fantasia 7. Begitu juga dengan Sarimah Ibrahim yang terus kekal sebagai hos bagi program Diari Akademi Fantasia dan sebuah segmen AF baru iaitu, Diari INT AF. Tetapi perkara yang lebih hangat ialah siapa bakal pengetua AF7 ? hal ini diperkuatkan lagi apabila suami Datuk Sheila Majid, Hashridz Murshim atau Acis telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar AF musim baru ini selaku Pengarah Muzik. Ramai yang beranggapan pemilihan Acis itu sebenarnya sebagai ‘petanda’ oleh Astro bahawa ‘kerusi panas’ tersebut memang sah menjadi milik penyanyi yang popular itu. Namun, bila diajukan soalan sama ada dia bersedia memikul tanggungjawab itu jika ditawarkan kelak, Sheila hanya sekadar menjawab “no komen” dan enggan mengulas lanjut tentang hal tersebut.

Filem Komedi Seram – Jangan Pandang Belakang Congkak

February 10, 2009


Jangan Pandang Belakang Congkak ini merupakan sebuah filem ber konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre yang menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton. Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu – Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.

Barisan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Senario, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi. Nantikan kemunculan filem terbarunya Jangan Pandang Belakang Congkak di pawagam berdekatan.

Konsert Rihanna 13 Februari Ditunda!

February 10, 2009

Ekoran kes dipukul teman lelakinya, Chris Brown, Rihanna tidak dapat meneruskan konsertnya di Malaysia pada Jumaat ini, bersamaan 13 Februari.Razman Razali, pengarah urusan Pineapple Concerts Sdn Bhd, penganjur konsert ‘Rihanna Live in Kuala Lumpur’, dalam satu siaran akbar yang diemelkan kepada gua.com.my tadi memberitahu telah menerima kenyataan rasmi dari agensi pengurusan Rihanna, William Morris Agency (Los Angeles) bahawa konsert tersebut akan ditundakan tarikhnya. Tarikh baru konsert akan dikemukakan agensi tersebut kepada Pineapple Concerts dua minggu dari hari ini.

Pemegang tiket dinasihatkan untuk menyimpan tiket mereka. Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan konsert tersebut, emel media@pineappleconcerts.com.

Sunburst 2009 Pertaruhkan Muzik Indie

February 7, 2009

Sunburst KL International Music Festival 2009 kembali untuk kali kedua setelah berjaya dalam penganjuran sulungnya tahun lalu. Konsert anjuran Pineapple Concerts Sdn Bhd ini akan diadakan pada 21 Mac, di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equesterian & Country Resort, Kuala Lumpur bermula jam 2 petang hingga jam 2 pagi. Konsert 12 jam tanpa henti ini bakal menampilkan kumpulan-kumpulan indie seperti Butterfingers, Meet Uncle Hussein, Estranged, Hujan, Agrikulture, Bunkface, Maliq& D’Essential, Gerhana Ska Cinta, Estrella, Dead Mushroom, Joe Flizzow, Projek Pistol, 21st Night, Pesawat, They Will Kill Us, Arabyrd, The Otherside Orchestra, Juwita Suwito, Reza Salleh, Aseana Percussion Unit (APU), Cosmic Kitchen, Twillight Action Girl, Loops Collective. Terdapat juga band dari Indonesia seperti Nidji dan Andra&The Backbone, kumpulan Sixx dari Singapura, dan Russian Winters dari Australia serta ramai lagi band-band antarabangsa yang bakal menyertai konsert berkenaan. Lebih istimewa, peminat muzik tanah air juga bakal dihiburkan dengan persembahan band hip-hop terkenal dari Amerika Syarikat,iaitu N.E.R.D.

HujanN.E.R.D
Meet Uncle Hussein
Juwita Suwito
Estrella
Bunkface
21st Night

Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket The Sunburst KL 2009 boleh mendapatkannya dengan menelefon Axcess Tickets Hotline ditalian 03-77115000.Tiket boleh didapati pada harga RM203 dan RM253. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.sunburstkl.com.

credits to: mStar

Gambar Danny & Teman Wanita Sambut Harijadi

February 3, 2009




Sosial jugak si Danny, ingatkan ada perubahan selepas berlakon dalam cerita ‘Budak Kelantan’ .Cinta mereka mula berputik semasa melakukan ‘shooting’ dalam rancangan KRAYON dan mereka berdua telah jatuh hati satu sama lain. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

Fasha Sandha Merokok?

February 3, 2009

Gambar Danny X-Factor dan Ana Alisha

January 31, 2009




Ana Alisha merupakan salah satu pelakon dari cerita ‘Papaku Rock’ terbitan Astro, mereka berdua ni pernah mengacarakan rancangan kanak-kanak di RTM 1.

Ni gambar lama Danny dengan awek Kelate mengikut sumber di forum cari, Namanya Elida Hanan, berumur 21 tahun, bakal doktor katanya dan berasal dari Kelantan jugak, sama dengan Danny.

Shah Rukh Khan listed among the 50 Most Powerful People in the World

January 29, 2009

It couldn’t get better than this. After conquering Bollywood, Shah Rukh Khan has now been ranked at the 41st spot among the 50 most powerful people in the world by the prestigious Newsweek magazine, with Barack Obama topping the list. The other Indian besides the King Khan in the list happens to be the Congress president Sonia Gandhi, who’s at the 17th spot. The magazine describes SRK as ‘King of Bollywood’, a title that every cinegoer is aware of, like they know their A-B-C. The magazine also stated that ‘It’s not just that his (Shah Rukh Khan’s) romantic flicks make gazillions, it’s where those gazillions come from. Khan is huge in the Muslim world, even in Pakistan and Afghanistan, where the mullahs ban his films. (The movies thrive on the black market). Their main appeal is certainly the song-and-dance numbers, but Khan (a Muslim married to a Hindu) makes devoutly secular films where love trounces bigotry.’ Now with even the Newsweek in his kitty, one is simply left wondering as to what will be the King’s next conquest.

I may rant out that they moved the earth’s rotation in their own way.All right,I think my visitors surely are interested to know who are these giants.So keep your eyes on the following contents:

1: Barack Obama
2: Hu Jintao
3: Nicolas Sarkozy
4-5-6: Economic Triumvirate
7: Gordon Brown
8: Angela Merkel
9: Vladimir Putin
10: Abdullah bin Abdulaziz Al-Saud
11: Ayatollah Ali Khamenei
12: Kim Jong Il
13-14: The Clintons
15: Timothy Geithner
16: Gen. David Petraeus
17: Sonia Gandhi
18: Luiz Inácio Lula da Silva
19: Warren Buffett
20: Gen. Ashfaq Parvez Kayani
21: Nuri al-Maliki
22-23: The Philanthropists
24: Nancy Pelosi
25: Khalifa bin Zayed Al Nahyan
26: Mike Duke
27: Rahm Emanuel
28: Eric Schmidt
29: Jamie Dimon
30-31: Friends of Barack
32: Dominique Strauss-Kahn
33: Rex Tillerson
34: Steve Jobs
35: John Lasseter
36: Michael Bloomberg
37: Pope Benedict XVI
38: Katsuaki Watanabe
39: Rupert Murdoch
40: Jeff Bezos
41: Shahrukh Khan
42: Osama bin Laden
43: Hassan Nasrallah
44: Dr. Margaret Chan
45: Carlos Slim Helú
46: The Dalai Lama
47: Oprah Winfrey
48: Amr Khaled
49: E. A. Adeboye
50: Jim Rogers